Antara ketakutan orang yang nak pergi Jepun adalah kalau bertembung dengan hari cuti am di Jepun. Seperti mana di negara kita, hari cuti am juga digunakan oleh rakyat Jepun untuk berjalan. Akibatnya, banyak tempat-tempat yang popular di Jepun menjadi sesak kerana jumlah pelancong dari dalam dan luar negara.
Tapi, kalau anda nak merasai sendiri suasana bersesak di dalam lautan manusia, anda boleh cuba untuk pergi Jepun sesama Golden Week di Jepun
Apa Itu Hari Cuti Golden Week?
Hari cuti Golden Week di Jepun merupakan ‘Minggu Emas’, dimana 4 hari cuti umum di Jepun terletak berdekatan antara satu sama lain.
Golden Week juga merupakan salah satu daripada musim cuti paling sibuk di Jepun selepas Tahun Baru dan minggu Bon.
Keretapi api, lapangan terbang dan juga tarikan-tarikan pelancongan akan menjadi sesak pada Golden Week, begitu juga dengan penginapan hotel.
Berikut adalah hari-hari cuti Golden Week:
April 29
Showa Day (Showa no Hi)
Disambut bagi memperingati Raja Hirohita yang memerintah selama 63 tahun.
Raja Hirohita dilahirkan pada April 29 dan meninggal dunia pada tahun 1989.
Mei 3
Constitution Day (Kenpo Kinenbi)
Disambut bagi memperingati pembentukan Demokrasi dan kerajaan jepun (1947).
Mei 4
Greenery Day (Midori no Hi)
Sambutan Hari Hijau.
Hari ini adalah khusus untuk alam semula jadi kerana Raja Akihito sangat sukakan tumbuh-tumbuhan dan alam semulajadi.
Mei 5
Children’s Day (Kodomo no Hi)
Sambutan Hari Kanak-Kanak.
Keluarga akan mendoakan kejayaan, kesihatan dan masa depan anak-anak mereka, dengan menggantungkan bendara ikan kap dan memaparkan anak patung samurai.
Kedua-dua ini menjadi simbol kekuatan, kuasa dan kejayaan dalam hidup.
Golden Week akan dielak oleh banyak pelancong dari luar negara kerana cabaran dan kesibukan orang Jepun yang turut melancong di dalam Jepun. Namun demikian, Golden Week merupakan satu minggu yang amat menarik dan menawarkan pengalaman yang unik kepada para pelancong.
Jika anda merancang untuk melancong ke Jepun pada minggu khas ini, berikut adalah tips-tips travel ke Jepun semasa Golden Week.
Tips #1 Booking Awal
Cuba buat perancangan dan booking 3-6 bulan awal sebelum Golden Week.
Ini termasuk, tiket penerbangan, hotel, train dan juga tempat yang hendak dilawati.
Tips #2 Lebihkan Masa
Pelancong semasa Golden Week akan bertambah berbanding dari hari biasa.
Oleh itu, anda mungkin terpaksa beratur panjang atau kelewatan menggunakan Japan Rail Pass.
Jadi, pastikan anda memberikan masa yang lebih jika terdapat sebarang delays atau kelewatan.
Bersabar ketika berinteraksi dengan pekerja Japan Rail dan juga pelancong yang lain.
Tips #3 Enjoy!
Salah satu cara untuk mengelak dari kesibukan orang ramai pada Golden Week adalah dengan mengurangkan penggunaan public transportion, highway dan tempat tarikan yang popular.
Cuba ENJOY! dengan merancang aktiviti yang hanya memerlukan anda berjalan kaki dan berhampiran dengan tempat penginapan.
Berjalan-jalan menikmati taman-taman, mencari restoran tempatan. Anggap ini satu pengembaraan, jangan stress.
Tahukah anda?
Banyak aktivit-aktiviti yang boleh dilakukan semasa Golden Week:
Outdoor Festival
Semasa Golden Week, banyak festival yang disambut hampir di setiap bandar di Jepun termasuklah, bunga azalea, perarakan sejarah, perayaan kebudayaan dan sebagainya.
Visit Tokyo
Melawat Tokyo, hal ini kerana pada Golden Week ramai penduduk Tokyo akan bercuti keluar dari Tokyo.
Ini akan menyebabkan kurang ramai orang di restoran, taman, muzium, dan tempat tarikan lain di Tokyo.
Bahkan terdapat Festival Hawaii yang berlangsung di Tokyo semasa Golden Week.
Jadi rancanglah perjalanan anda jika ingin melancong ke Jepun pada cuti Golden Week.
Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti dari team Pergi Jepun!